Tajuk: SEJARAH JABATAN KERJA RAYA DALAM PEMBANGUNAN NEGARA ISBN: 9789672284116 Pengarang: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sinopsis: &Jabatan Kerja Raya (JKR) memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan negara. Institusi ini menjadi tonggak penting dalam menggerakkan pembangunan prasarana dan kemudahan awam sehingga perkembangan ekonomi dan sosial berjalan lancar. Ini membolehkan negara menempatkan diri dalam kelompok negara membangun dalam tempoh yang singkat, dengan pelbagai pencapaian yang membanggakan. Buku ini melihat sumbangan JKR dari sudut legasi kepimpinannya. Sebagai sebuah institusi yang telah melampaui satu abad usianya, sejarah panjang perlu ditelusuri sejak zaman British sehingga ke alaf baru. Tanpa menafikan peranan pihak penjajah yang meletakkan asas kepada perkembangan JKR, keupayaan anak watan amat terserlah dalam menanggung amanah besar sejak negara mencapai kemerdekaan. Merekalah yang memantapkan jabatan ini sehingga menjai sebuah agensi kerajaan yang kompleks dan mampu melaksanakan projek berskala besar dengan kualiti terbaik.; |