POLISI PINJAMAN
PINJAMAN
- Peminjam hendaklah berdaftar sebagai ahli Perpustakaan JKR.
- Peminjam hendaklah bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan bahan yang dipinjam.
- Hanya lima (5) buah bahan dibenarkan oleh setiap orang untuk tujuan pinjaman.
- Polisi tempoh pinjaman adalah tertakluk kepada :-
BIL | KOLEKSI | TEMPOH PINJAMAN |
1 | Monograf (Buku / Majalah Berjilid) | 4 Minggu |
2 | Terbitan JKR | 4 Minggu |
3 | Soalan Peperiksaan | 2 Minggu |
4 | Piawaian (British / Malaysian Standard ) | 2 Minggu |
5 | Laporan Tahunan & CD | 2 Minggu |
6 | Jurnal / Majalah Semasa | 3 Hari |
7 | Buku Rujukan (Kamus / Ensiklopedia / Buku Rasmi Tahunan) | 3 Hari |
8 | Tesis | Rujukan Sahaja |
PEMULANGAN
Bahan - bahan yang dipinjam hendaklah dipulangkan pada atau sebelum tarikh tarikh tamat tempoh. Peminjam bertanggungjawab untuk mengganti bahan yang hilang dengan bahan yang sama atau membayar harga terkini bahan tersebut.
PEMBAHARUAN
Bahan perpustakaan boleh diperbaharui sekiranya tidak ditempah oleh ahli lain dan hanya boleh dilakukan sebelum tarikh tamat tempoh.
TEMPAHAN
Bahan perpustakaan yang telah dipinjam oleh pengguna lain boleh ditempah melalui datang sendiri ke kaunter perpustakaan, telefon atau emel ke [email protected]